Kali Pertama Bercuti Ke Langkawi? Baca Panduan Ini Dahulu!

0
aktiviti di langkawi

Bagi mereka yang bercadang untuk bercuti ke Langkawi, dan ingin menikmati keindahan di sana bersama keluarga. Mungkin tips ini akan membantu anda untuk pergi ke sana dan juga ketika anda berada di sana

Table of Contents

1. Naik Feri ke Langkawi

Jika menaiki feri, anda boleh naik feri dari Kuala Perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Feri dari Kuala Perlis hanya mengambil masa 55 minit manakala dari Kuala Kedah pula mengambil masa 1.5 jam.

Jika menaiki feri, anda akan sampai di Jeti Pekan Kuah Langkawi, seeloknya beli terus tiket untuk balik. Ini untuk mengelakkan apabila telah check-out hotel, tiket feri untuk balik ke Kuala Perlis/Kuala Kedah telah habis terutama pada musim cuti sekolah.

Secara idealnya, anda boleh beli tiket secara online di laman web Langkawi Ferry Line terutama semasa peak season untuk elak tiket feri habis atau terpaksa beratur panjang dan lama di jeti.

bercuti ke langkawi

 

2. Masa Sesuai ke Langkawi

Bila-bila masa sesuai cuma kalau boleh elakkan musim hujan. Jika datang musim hujan, banyak aktiviti akan tergendala. Island Hopping tak boleh, pergi Kilim Geo Park mungkin tak dapat dan naik cable car Langkawi Panoramic juga mungkin sedikit terganggu. Kira pergerakan akan betul-betul terjejas.

Kebiasaannya bulan Disember hingga Februari selalu hujan. Tapi ikut nasib juga, cuaca ni kita tak boleh nak ramal sangat.

Kalau yang bujang tu atau dah berkahwin dan tak ada anak-anak yang bersekolah, elakkan datang pada peak season seperti LIMA, cuti sekolah atau public holiday. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung yang datang bercuti di bersama bayi.

Masa peak season seperti cuti sekolah, LIMA atau public holiday, kena bayar lebih sedikit seperti kereta sewa dan hotel. Harga makanan juga kalau nasib tak berapa baik pun akan kena bayar lebih.

Untuk pengangkutan yang berharga berpatutan, anda boleh mempertimbangkan Airport and Private Transfer yang ditawarkan oleh Naam supaya dapat seorang pemandu persendirian dan lebih banyak privacy. Anda boleh membuat tempahan di sini.

 

3. Penginapan di Langkawi

Hotel, resort, chalet, motel, serta home-stay banyak di sini. Jika musim cuti sekolah dan public holiday, perlu booking awal untuk elak full house. Start la booking 2-3 bulan awal.

Jika anda mahu tips memilih hotel di Langkawi, tinggalah dekat hotel yang mempunyai pantai persendirian supaya ada privacy sikit, dan tidak perlu bersesak-sesak masa tengah bersidai di tepi pantai.

 

Paradise 101 Langkawi—Relax, Refresh & Recharge

Paradise 101 merupakan pulau persendirian serta pulau yang ke-101 di Langkawi dan merupakan tarikan terkini di sini lebih-lebih lagi buat peminat sukan air dan aktiviti lasak. Pulau ini dikatakan mula dibuka pada tahun 2015 dan dekorasi ala Bali di sini menjadi salah satu tarikan utama buat pelancong.

Mereka ada menyediakan bot khas untuk membawa para pengunjung ke Paradise 101 melalui jeti yang terletak di antara Pantai Kok dan Telaga Harbour Marina. Perjalanan dari jeti ke Paradise 101 tidak mengambil masa yang lama pun, sekitar 5 minit sahaja. Pulau eksklusif ini memang luar biasa cantiknya kerana berlatarbelakangkan Lautan Andaman yang membiru. Pemandangan nya saja sudah cukup menenangkan.

Di sini, terdapat beberapa aktiviti-aktiviti menarik di Langkawi yang anda boleh cuba seperti Sunset Cruise, Banana Boat, Kayak, Jet Ski, Parasailing, dan banyak lagi. Jika ada kesempatan, anda boleh rasai pengalaman parasailing di Lautan Andaman. Pemandangan dari atas memang sangat cantik dan luar biasa!

4. Makan di Langkawi

Terdapat banyak pilihan untuk makan di sini. Juga terdapat beberapa tempat istimewa dan yang agak ‘viral’ di lokasi tertentu, yang perlu dikunjungi jika ke sini.

Harga makan di sini tidak la mahal seperti di sesetengah pulau percutian.

Kalau mempunyai bajet, elakkan makan di restoran seafood dan seumpamanya. Ingat, Lobster yang dijual di sini bukan murah macam harga lobster di Kota Kinabalu.

 

OMG Restaurant@Paradise 101

Restoran OMG di Paradise 101 adalah tempat tercantik di Langkawi. Restoran bergaya pondok pantai menawarkan minuman dan makanan yang enak dengan latar belakang pokok palma dan pantai yang menakjubkan. Manjakan diri dengan pilihan minuman dan makanan yang indah yang akan menggembirakan selera anda dan menjadikan lawatan anda ke Langkawi lebih berkesan. OMG Restaurant terkenal dengan masakannya yang autentik yang berbeza dari pizza panggang batu dan koleksi wain pilihan untuk anda nikmati.

Pizza di sini adalah sorotan tersendiri. Koki menggabungkan tiga jenis keju yang berbeza, sos pizza buatan tangan, doh renyah nipis dengan ramuan organik Italia, dan pesto kemangi segar untuk mencipta rasa pizza terbaik untuk mencairkan ke dalam mulut anda.

Restoran OMG mempunyai menu yang berbeza, semua pilihan disertakan. Cubalah margarita tradisional mereka yang inovatif sekali, yang merupakan pelengkap kepada banyak makanan mereka. Mereka juga mempunyai bar, dimanakah ia menawarkan jus dan smoothie yang sihat, dengan pelbagai pilihan minuman. Minuman sihat organik pada amnya adalah serat utama, klorofil, dan vitamin utama.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, lihatlah senarai tempat makan yang paling best di Langkawi ini.

 

 

5. Tempat Menarik di Langkawi

Langkawi memang tempat tumpuan pengunjung, dalam dan luar negeri. Sentiasa ramai. Survey dulu pakej harga untuk pakej-pakej island hopping, mangrove tour dan seumpamanya.

Datang kesini jangan lupa ke Panoramic Langkawi ( Sky Cab ). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak tu nanti.

Antara tarikan lain di Pulau Langkawi yang menjadi tumpuan pengunjung adalah 3D Art Museum. Cuti sekolah, nak bergambar dengan kreativiti susah sikit sebab ramai pengunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.

Jika datang pada musim cuti sekolah atau public holiday, jangkakan kena beratur panjang terutama nak naik cable car. Berjam kena beratur kecuali sanggup bayar harga untuk express lane.

Lihat halaman ini untuk mengetahui banyak lagi tempat menarik di Langkawi.

 

6. Membeli Belah di Langkawi

Pulau Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok.

Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri,

Ada barangan mempunyai limit belian dan bergantung kepada berapa lama kita menginap di Langkawi. Limit belian adalah yang belian yang tidak dikenakan cukai. Jika membeli lebih dari yang dibenarkan, akan dikenakan cukai oleh pihak kastam di Airport.

Antara limit belian :

Kain batik hanya boleh dibeli maksimum 2 helai jika datang sehari semalam dan 6 helai jika menginap lebih 2 malam. Tak silap saya kain batik jawa (3 serangkai contohnya) ada larangan tapi tak pasti sejauh mana ‘larangannya.

Set pinggan mangkuk juga hanya dibenarkan 1 set sahaja jika datang sehari semalam. Tapi kalau menginap beberapa malam dan datang dengan ahli keluarga, tidak menjadi masalah.

Rokok ikut kata kawan saya hanya dibenarkan 2 karton sahaja. Jika menginap lebih 2 malam pula saya tak pasti maksima boleh beli.

Barang lain seperti coklat dan minyak gamat tiada sekatan had limit.

Di sini juga banyak dijual beg-beg luggage dengan harga cukup murah.

Simpan tiket feri/kapal terbang serta bil hotel/resort/homestay untuk rujukan pihak kastam bagi menentukan berapa malam kita menginap di Pulau Langkawi.

Travel

Related Posts