Senarai Aktiviti Di Langkawi Yang Boleh Anda Lakukan Secara Bersendirian, Bersama Rakan Ataupun Keluarga
Langkawi merupakan salah satu destinasi di Malaysia yang sentiasa dikunjungi—destinasi khazanah alam semulajadi yang lengkap dengan laut biru, pantai yang bersih, serta sejarah dan legenda yang menarik. Baru-baru ini, Langkawi diiktiraf pulau terbaik Asia Tenggara, dan kami teruja dengannya.
Pada zaman serba canggih ini, Langkawi turut menjadi sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai lagi tarikan baharu. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di pulau ini. Hari ini kami akan kongsikan 11 aktiviti utama bagi anda yang bercadang untuk melawat Langkawi.
Table of Contents
1. ‘Relax, Refresh, Recharge’ di Paradise 101 Langkawi
Terletak di Pantai Kok berdekatan Telaga Harbour, Paradise 101 adalah sebuah pulau peranginan persendirian yang telah menjadi satu tarikan terbaru di kalangan pelancong untuk bersantai dan menikmati Langkawi. Pulau yang mesra alam ini menawarkan aktiviti sukan yang menyeronokkan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan anda. Dari menaiki banana boat hingga perjalanan jet ski dan snorkeling, tempat ini menggembirakan tanpa henti.
Aqua Park, Jet Ski, Zipline, Parasailing, berkayak, dan lain-lain, adalah antara tarikan pelancong yang popular sekali. Bagi mereka yang telah bosan dengan zipline melintasi hutan, cubalah zipline melintasi Laut Andaman sejauh 70 meter, yang pasti akan memberikan rembesan adrenalin yang tersendiri. Jemput rakan anda berlumba di Aqua Park untuk aktiviti di Langkawi yang perlu dilakukan secara berkumpulan.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Setiap Hari)
Harga Tiket: Klik sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Paradise 101 Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
2. Belajar Tentang Kisah Legenda di Kota Mahsuri
Kota Mahsuri merupakan sebuah makam atau kubur yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan. Tempat ini terletak sekitar 12 km dari Pekan Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, di Mukim Ulu Melaka. Kalau anda masih belum tahu tentang kisah legenda Mahsuri ini, ambil peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti di Langkawi ini untuk pengetahuan dan pengalaman sepanjang hayat.
Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater tradisional, dan rumah Kedah yang mewakili seni binaan Langkawi yang popular pada zaman itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri.
Datanglah pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad sekitar pukul 3 petang supaya anda dapat saksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri.
Waktu Operasi: 9AM-6PM (Setiap Hari)
Harga Tiket: RM12 (Dewasa), RM6 (Kanak-Kanak)
Alamat: Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.
3. Bergambar di Mercu Tanda—Dataran Lang Langkawi
Adakah anda tahu bahawa perkataan “helang” dan “kawi” adalah inspirasi di sebalik nama pulau Langkawi? Itulah sebabnya Dataran Helang ini ikonik! Terletak berhampiran Jeti Kuah, dataran ini mempunyai sebuah monumen helang yang setinggi 12m. Jika anda melancong ke Langkawi dengan ferry, pasti anda akan melalui kawasan ini. Tempat ini adalah wajib untuk disinggahi. Kalau tidak ke sini, bermakna anda belum betul-betul melawat Langkawi.
Waktu Operasi: Dibuka 24/7
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah Malaysia
4. Menaiki Kereta Kabel Sambil Menikmati Pemandangan Laut di Langkawi SkyCab
Pada 708m di atas paras laut, anda akan dapat melihat pemandangan panoramik 260 darjah seluruh Pulau Langkawi, pegunungan hijau, lautan Andaman dan yang paling penting, sebahagian Wilayah Selatan Thailand! Apabila anda sampai di puncak Gunung Mat Chinchang, rentaslah ‘Langkawi Skybridge’ iaitu jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia hari ini yang berukuran 125M.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Isnin-Khamis), 9:30AM-6PM (Jumaat-Ahad)
Harga Tiket: Bermula dari RM10
Alamat: Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
5. Terokai Kehidupan Dasar Laut di Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan salah satu akuarium marin dan air tawar terbesar di seluruh Asia Tenggara. Ia sebenarnya dibina untuk mendedahkan isu tentang kepentingan memulihara hidupan akuatik kita yang amat berharga, seterusnya memahami ikatan antara manusia dan alam sekeliling. Dengan aktiviti di Langkawi ini, anda dapat saksikan keindahan hutan hujan tropika dan ekosistem sungai, serta bahagian marin, bahagian ikan air tawar, pameran kerang, kolam koi, bahagian reptilium, bahagian invertebrata, bahagian terumbu karang dan bahagian beracun dan berbisa.
Menampilkan terowong berjalan kaki 15m yang besar sekali, pengunjung boleh melihat kehidupan laut yang unik secara berdekatan seperti Penyu Hijau Gergasi. Pusat membeli-belah dan bistro juga terletak berhampiran di pusat tarikan ini.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Setiap Hari)
Harga Tiket: RM43 (Dewasa dan Kanak-Kanak), RM33 (Warga Emas berumur 60 ke atas)
Alamat: Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
6. Menonton ‘Fireshow’ di Tepian Pantai Cenang
Ini adalah salah satu aktiviti di Langkawi yang tidak boleh anda lepaskan—menyaksikan ‘Fireshow’ apabila melepak dan santai atas ‘bean bag’ berwarna-warni di tepi Pantai Cenang. Berehat apabila ditemani muzik rancak serta menikmati makanan dan minuman di restoran Kalut Cafe N Bar. Persembahan ‘Fireshow’ ini termasuk memutar belantan api, melambung dan juga menangkapnya, berputar pois berkilauan dan menerangi malam dengan kon gergasi tembakan nyalaan daripada sebatang joran. Bukankah itu menarik?
Waktu Operasi: Bermula kira-kira 7:30PM (tertakluk kepada perubahan)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: 2, Jalan Pantai Cenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
7. Menghargai Keindahan Alam di Kilim Geoforest Park
Kilim Geoforest Park ialah rizab alam semula jadi yang penuh dengan flora dan fauna yang menakjubkan, geologi yang mempesonakan termasuk batu kapur raksasa, fosil, gua dan lagun, pantai dan hutan tebal bakau. Terletak berhampiran, adalah sebuah kawasan ternakan ikan terbuka yang anda boleh melihat berbagai-bagai jenis ikan di dalamnya. Selain itu, terdapat juga gua tersembunyi di sini yang terlindung oleh akar bakau, di mana anda akan menemui pokok bakau yang berumur lebih daripada 100 tahun.
Waktu Operasi: Dibuka 24/7
Harga Tiket: Klik sini untuk maklumat lanjut tentang harga pakej Mangrove Tour.
Alamat: Kilim River Tourism Jetty, Mukim Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
8. Membeli-Belah Bebas Cukai di The Zon Duty Free
Pulau Langkawi telah diiktiraf sebagai kawasan bebas cukai sejak tahun 1987. Jadi, apa guna lah gunanya anda ke Langkawi jika tidak berbelanja atas pelbagai barangan diimport dari luar negara yang berharga lebih murah kerana tidak dikenakan cukai. Antara barangan import termasuk coklat import, barangan dapur berjenama, serta barangan sukan. Apabila sakan degan barangan import tanpa cukai, jangan lupa menyokong pengusaha-pengusaha tempatan seperti produk gamat dan kraftangan.
Waktu Operasi: 10AM-7PM (Isnin-Khamis), 10AM-9PM (Jumaat-Ahad)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
9. Menghargai Kraf dan Seni di Kompleks Kraf Langkawi
Operasi Kompleks Kraf Langkawi bermula sekitar 1996 di atas tanah seluas 32 ekar yang terletak di Jalan Teluk Yu dalam Mukim Bohor, Pulau Langkawi. Kompleks ini penuh dengan hiasan berkomponen tematik Islam yang tujuannya untuk menambah baik reka bentuk hiasan pada dinding yang memperincikan gabungan yang baik dengan seni bina Melayu. Aktiviti di Langkawi ini memberi anda peluang untuk melihat kraftangan tempatan yang berbeza, serta melayari Muzium Warisan dan Adat & Perkahwinan.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Setiap Hari)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Kompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
10. Melawat Taman Agroteknologi MARDI Langkawi
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi terkenal dengan ladang komersialnya yang ditanam dengan pelbagai jenis produk organik. Tempat ini sebenarnya dibuka kepadai orang ramai untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan inovasi moden dalam sektor pertanian Malaysia.
Di sini, anda akan dapat bersiar-siar di sekitar kawasan dan melihat tumbuhan herba. Seterusnya, nikmatilah bufet buah-buahan tempatan yang disediakan. Untuk pengetahuan anda, terdapat 20 jenis pokok buah-buahan tropika bermusim dan bukan bermusim di tanah ladangnya. Antara buah-buahan yang boleh anda lihat di sini termasuk buah belimbing, jambu batu, sitrus, mangga, rambutan, pulasan, cempedak, dan lain-lain lagi. Pada akhir lawatan di MARDI, anda akan diberikan cenderamata unik iaitu ‘origami’ daun palma ciptaan kakitangan kawasan itu.
Waktu Operasi: 8:30AM-5PM (Ahad-Khamis)
Harga Tiket: RM10 (Dewasa), RM5 (Kanak-kanak)
Alamat: 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
11. Menjamu Selera di OMG Restaurant
Selepas bersantai, jangan lupa singgah di restoran yang bergaya pondok pantai ini—OMG Restaurant yang terletak di dalam Paradise 101 Langkawi. Tempat ini menawarkan minuman dan makanan enak yang sebilangan besar di mana anda boleh hindang di bawah pokok palma dan tepi pantai yang menakjubkan. Tempat ini terkenal dengan masakanya yang autentik yang berbeza dari pizza panggang batu dan koleksi wai pilihan untuk anda nikmati dengan keluarga dan rakan-rakan sebaya anda. Kami mengesyorkan margarita tradisional mereka yang inovatif sekali, ataupun jus dan smoothie organik di bar.
Waktu Operasi: 10AM-6PM (Ahad-Khamis), 10AM-8PM (Jumaat-Sabtu)
Harga Tiket: Percuma
Alamat: Paradise 101, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
Nak cari tempat makan lain yang best di Langkawi, boleh klik di sini.